Perbincangan mengenai kemenangan perjuangan Islam lazimnya tertumpu kepada kekuatan organisasi, kewibawaan kepimpinan, keberkesanan strategi politik, kemampuan jentera, penguasaan media, kekuatan kewangan serta keupayaan mendapatkan kepercayaan rakyat. Semua faktor tersebut sememangnya penting dan tidak boleh dipandang ringan. Namun terdapat satu hakikat yang lebih mendasar betapa kemenangan perjuangan Islam tidak bermula semata-mata di medan politik, tetapi jauh lebih awal; iaitu pembinaan keluarga haraki sebagai asas kesinambungan perjuangan Islam.
Petikan dari Kertas Kerja 1 :
MEMBINA KELUARGA HARAKI:
ASAS KESINAMBUNGAN PERJUANGAN ISLAM
Oleh: YB Datuk Ustaz Idris Hj Ahmad,
Naib Presiden PAS, merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat